Penawar Buah Pinggang
Penawar Tradisional
tanpa sebarang pil.
Home » , , » Emosi Pesakit Buah Pinggang

Emosi Pesakit Buah Pinggang

Written By Harta Tanah Aku on Saturday 6 December 2014 | 10:47


Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya menjaga pesakit yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang akibat penyakit diabetes yang dihidapinya dan ibu jari kakinya terpaksa dipotong / amputasi. Orang yang saya maksudkan adalah Ibu saya sendiri. Inilah pengalaman saya..

Ibu saya adalah salah seorang pengidap penyakit diabetes selama 2 tahun. Ibu jari kaki ibu saya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman dalam daging. Sekarang ibu saya perlu menjaga diet makanan harian dan perlu berjaga jaga setiap pergerakan. Ini adalah disebabkan deria rasa seorang pesakit diabetes adalah sangat kurang, jika terpijak paku tajam atau terlanggar benda tajam mereka lansung tidak berasa sakit walaupun luka. Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah Gangguan emosi dan fizikal mereka yang mempunyai masalah sakit buah pinggang.

Pesakit buah pinggang akan sering mengalami gangguan emosi. Sebagai penjaga kita seharusnya prihatin dan memberi sokongan terhadap mereka. Antara gangguan emosi yang sering berlaku adalah, terlalu merendah diri dan sering bersedih, ini adalah disebabkan oleh kotoran dan toksik yang berada dalam darah semakin bertambah dan mereka tidak boleh berfikir secara normal dan rasional. Mereka mungkin akan sering marah, cepat terasa dan selalu terbayang sesuatu atau meracau seperti mengigau. Ini adalah sintom biasa yang selalu dihadapi oleh pesakit buah pinggang akibat penyakit diabetes. Sebagai penjaga, seharusnya kita bijak untuk menenagkan mereka dan menjaga kebajikan dan jadual ubat mereka.
Mereka yang mengidap sakit buah pinggang juga akan kerab berasa letih dan tidak bertenaga setiap kali melakukan sebarang aktiviti walaupun hanya sekadar berdiri sahaja, ini adalah penghasilan darah mereka amat perlahan dan sebab itu mereka akan merasa cepat letih. Oleh itu aktiviti mereka amat terbatas.
Antara kesan fizikal mereka yang mengidap sakit buah pinggang ini aadalah susut berat badan, ini adalah disebabkan mereka yang sakit buah pinggang akan hilang selera makan dan sering berasa loya. Bagi sesetengah pesakit buah pinggang, kedua belah kaki mereka akan membengkak dan sangat gatal. Ini tentu sahaja merimaskan mereka. Bagi pesakit buah pinggang, badan mereka tidak mengeluarkan peluh seperti orang normal, peluh yang dikeluarkan oleh pesakit buah pinggang amatlah sedikit dan kadangkala langsung tidak keluar.Rawatan secara kerab dan berkala amat penting buat mereka.

Kini, alhamdulillah saya amat bersyukur kerana doa dan usaha saya selama ini membuahkan hasil. Ibu saya kini disahkan oleh doktor buah pinggang ibu saya beransur baik dan tidak perlu menjalankan hemodialisis. Jika dulu doktor meyarankan agar ibu saya ditebuk dan dimasukkan hos atau paip bagi memudahkan proses hemodialisis dilakukan.

Ini adalah sekadar perkongsian pengalaman saya sahaja. Diharapkan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu bagaimana untuk menangani dan menjaga seorang pesakit buah pinggang dan diabetes.
Sebarang komen atau pertanyaan berkenaan menjaga pesakit buah pinggang dan diabetes insyallah akan saya kongsikan bersama anda.





SHARE

About Harta Tanah Aku

2 comments :

  1. thanks tuan atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan, sy nk tnya rawatan apa yg tuan buat utk sakit buah pinggang utk ibu tuan?apakah nasihat tuan untuk menjaga pesakit buah pinggang dan diabetes yg sudah lanjut usia?terima kasih tuan

    ReplyDelete